Blog Utama Saya :-

Selasa, 3 Mei 2016

WAHHABI DI SISI PANDANGAN AL-SYAIKH AHMAD IBN MUHAMMAD ZAIN AL-FATONI




WAHHABI DI SISI PANDANGAN AL-SYAIKH AHMAD IBN MUHAMMAD ZAIN AL-FATONI
.
📖 Ketika menceritakan tentang fitnah yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Salim, al-Syaikh Ahmad al-Fatoni (w.1325 H) berkata:
"...[dan] setengah daripadanya ((fitnah to'ifah Wahhabiyyah)) yang melampaui mereka itu sehingga memerintah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan mereka itu🔸satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i^tiqad yang mudarat🔸dan adalah yang me[ng]hantarkan mazhab mereka itu yang keji dan yang meri[ng]tahkan dia [memerintahkan dia] Muhammad anak ^Abdul-Wahhab dan asalnya daripada masyriq daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawasanya ia adalah setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu pada negeri Madinah al-Munawwarah ^ala sohibiha afdol al-solat wa al-salam dan adalah bapanya laki-laki yang solih demikian lagi saudaranya🔸dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekalian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawasanya lagi akan jadi daripadanya menyesat dan zaigh dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantahan-bantahannya daripada beberapa masalah...🔸...maka mereka ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin🔸dan me[ng]kufur ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukmin🔸dan me[ng]hukum ia dengan syirik mereka yang ziarah akan kubur Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam dan auliya' dan solihin dan yang bertawassul dengan mereka itu dan🔸me[ng]haram ia akan berselawat atas Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam🔸dan beberapa i^tiqad yang lain daripada demikian itu dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah enam ratus tahun hingga kepada masanya itu dan [ia]lah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu..." Intaha.
🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸
📚Rujukan: Kitab Hadiqatul-Azhar war-Rayahin fi Manaqib al-Akhyar wa Akhbaris-Solihin, al-Syaikh Ahmad ibn Muhammad Zain ibn Mustafa al-Fatoni, Persama Press, Pulau Pinang, t. th., hlm 169 - 170.
✒Al-Syaikh Ahmad ibn Muhammad Zain al-Fatoni adalah guru bagi ramai ulama dan mufti di Nusantara seperti Syaikhul-Islam dan Mufti Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur-Rahman al-Fatoni, Tok Kenali, Tok Selehor, Kiyai Hasyim Asy'ari pengasas Nahdotul-^Ulama', al-Qadi Abu Bakar Hasan al-Muwari dan lain-lain.
✒Beliau juga penasihat dan rujukan sultan-sultan Melayu seperti Sultan Fatoni, Sultan Kelantan, Sultan Kedah, Sultan Terengganu (Sultan Zainal Abidin III), Sultan Johor, Sultan Riau - Lingga, Sultan Deli, Sultan Langkat, Sultan Pontianak dan Sultan Sambas, dan beliau juga penasihat Syarif/ Raja Mekah.









----