Blog Utama Saya :-

Selasa, 19 Mac 2019

Bahrul Mazi Juzuk 1 (Bersuci) - Syaikh Muhammad Idris Al-Marbawi








Bahr al-Madhi Juzuk 1 (Bersuci) - Muhammad Idris al-Marbawi
"Adapun kemudian daripada itu, lebih dahulu daripada aku masuk di dalam mengarang kitab ini, dengan tawaduk aku kepada Allah subahanahu wa ta'ala kiranya dipohonkan kepadanya tiada salah menerangkan sedikit perkataan ini kepada segala saudaraku.
Adalah kemudian daripada sudah aku mengaji kitab yang bernama Sahih al-Termizi, sudahlah jatuh di dalam hatiku berahi dan suka kepadanya oleh aturannya dan kenyataannya pada segala hukum syari'at Nabi kita Muhammad sallahu 'alaihi wasallam. Dengan kerana beribu-ribu bab dan ahadith serta diikutnya tiap-tiap hadisnya keterangan imam-imam mazhab lebih dari mazhab empat yang makruf. Jangan bicara lagi pada sanad hadis itu, bukan main lagi diperhalusnya dan lain daripadanya beberapa ilmu.
Kepada aku tiap-tiap kali aku mengaji dan mengadap guruku Hadrah Sahib al-Fadhilah Maulana Murabbi Arwahana al-Ustaz al-Akbar al-Syeikh Muhammad Ibrahim al-Samaluthi Min Hai'ah Kibar 'Ulama' al-Azhar al-Syarif guru hadis yang masyhur mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami' Saidina Hussein (cucu Rasulullah) di kota Kaherah (Mesir) dekat Azhar al-Syarif, sudahlah aku berasa minum madu, dengan kerana itulah bersungguh aku tiap-tiap pagi pergi menerima padanya dengan ketiadaan lugu. Iaitu kemudian daripada khatam mengaji Sahih Muslim kepadanya dengan beberapa banyak ulama yang mendapat syahadah tinggi dan rendah. Dan beberapa ratus murid Azhar.
Kemudian manakala aku pulang kerumah, tiadalah lagi berpaling melainkan aku jalankan batang qalam aku di pipi sahifah-sahifah sebagaimana yang aku ingat dan aku faham daripadanya, berikut dengan sedikit-sedikit perkataan Imam Syafi'e di dalam al-Umm, dan perkataan Nawawi di dalam Syarah Muslim, dan perkataan al-Qasthalani, dan Ibnu al-'Arabi dan lainnya, ialah semata-mata ikhlas hatiku bagi 'wajah' Allah kerana mesiarkan hadis Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan meninggikan kalimah Allah hiya al-'ulya kepada saudaraku yang tiada tahu di dalam bahasa Arab, dan dipohonkan pada Allah kiranya manfaat bagi umum umat Muhammad sallahu 'alaihi wasallam, dan harapkan jadi petaruhan di sisi Allah bagi hari akhirat. Dan kiranya tiadalah ia hujah ke atasku di sana.
Maka dengan kenyataan di atas dan lagi akan datang aku namailah kitab aku ini dengan nama:
Bahr al-Madhi Li Syarah Mukhtasar Sahih al-Termizi."
Pautan Muat Turun:
1 - Mediafire:
2- Archive:
Ikuti kami di Telegram Kitab Jawi & Arab:




----




Tiada ulasan:

Catat Ulasan