Blog Utama Saya :-

Isnin, 6 April 2015

KEMULIAAN ABADI BAGI KELUARGA NABI Sollallahu alaihi wa aalihi wasallam










KEMULIAAN ABADI BAGI KELUARGA NABI Sollallahu alaihi wa aalihi wasallam...
Karya Syeikh Yusuf Bin Ismail An Nabhani r.a.
Berkata Tuan Pengarang , semoga Allah merahmati beliau:
Wahai keluarga Sayyidina Toha sollallahu alaihi wasallam...
Wahai keluarga Nabi Terbaik...sollallahu alaihi wasallam...
Datuk kalian insan pilihan...
kalian juga insan2 pilihan...
Allah telah menghilangkan
dari kalian sgl 'kekotoran'
wahai Ahlil Bait sejak azali ...
maka kalian adalah manusia2 suci...
Tak pernah Datuk kalian minta upah dan ganjaran..
Atas jasanya menyampaikan agama Tuhan..
Melainkan kecintaan kpd keluarga dan anak cucunya..
itulah sebaik2 upah dan balasan jasa..
Cinta kpd kalian membawa ke syurga..
Membenci kalian mengheret ke neraka...
Bagi tiap hati sanubari ..
yg juga memendam cinta kpd para Sahabat Nabi ...
Sollallahu alaihi wasallam..
Semoga Allah meredhai kalian..
Meskipun para kuffar mengingkari...
Pd diri kalian ada cahaya...
(Cahaya Rasulullah ..sollallahu alaihi wasallam...)



Solawat dan salam 
moga tercurahkan ke atas pemimpin kita Nabi Muhammad 
sollallahu alaihi wasallam,
yg telah diutus dari qabilah paling utama
dan keluarga termulia,
Juga ke atas keluarganya, manusia2 mulia dan unggul,
dan ke atas para sahabatnya, para imam para pemimpin...

Adapun setelah itu,
Berkata seorang yg sgt perlu kpd tuhannya,
Yusuf Bin Ismail An Nabhani..
semoga Allah Taala memaafkan sgl kesalahannya..

Sesungguhnya,
antara perkara2 agama yg paling penting,
Dan keyakinan2 dlm Islam yg paling dituntut
adalah meyakini bahawa pemimpin kita Nabi Muhammad
Sollahu alaihi wasallam
adalah lebih mulia dari segala malaikat dan rasul..

Datuk nenek moyang nya,
Anak cucu cicit nya ..
Adalah datuk nenek moyang yg termulia
dan anak cucu cicit yg terutama..

Betapa tidak,
Nasab mereka bersambung dgn nasab Baginda
sollallahu alaihi wasallam
Keturunan mereka bertaut erat dgn keturunan Baginda
sollahu alaihi wasallam

Maka mereka terlahir dari Baginda
dan kpd bagindalah mereka bernasab
merekalah manusia yg paling dekat kpd baginda
sollallahu alaihi wasallam.....

-bersambung- in sya Allah









Terjemahan Ustaz Amali Dhiya'udin.

Sumber:
https://www.facebook.com/muhamadrauf.minhat/posts/943943758979333?ref=notif&notif_t=like







Tiada ulasan:

Catat Ulasan