Blog Utama Saya :-

Ahad, 30 April 2017

Khulasot Al-Tauhid Fi Ma'rifat Al-'Aqaid






Ini risalah yang dinamakan dia Khulasot Al-Tauhid Fi Ma'rifat Al-'Aqaid karangan Baba 'Abdul Rahman bin Muhammad Al-Fathoni.

Muat turun (2.2Mb) : https://archive.org/download/KhulasahAlTauhid/Khulasah%20al-Tauhid.pdf








Tajul 'Arus






Terjemahan bagi Tajul 'Arus tulisan asal Sheikh Ibn 'Athoillah Al-Sakandari rhm, ulama tasawuf yang tak asing lagi. Kitab ini membahaskan soal penyucian jiwa. Terjemahan oleh Sheikh 'Uthman Al-Funtiyani rhm.

















Rabu, 26 April 2017

Masalah Seribu, dari soal 'Abdullah Ibn Salam kepada Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam





Inilah kitab yang bernama Masalah Seribu, dari soal 'Abdullah Ibn Salam kepada Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam.




Selasa, 25 April 2017

Risalah Al-Misbahul Munir








Risalah Misbahul Munir karangan Baba 'Abdul 'Aziz bin Isma'il Al-Fathoni rhm, menantu Tok Der Sekam rhm. Pengarang bermukim di negeri Kelantan.
Risalah ini seperti kitab-kitab Tauhid lain di tanah Jawi, membincangkan ilmu Tauhid secara asas dan mudah. Kandungan risalah ini ialah pengenalan agama, huraian hukum akal, hukum syarak dan hukum aqal, pengenalan ilmu usuludin dan huraian sifat 20.




Isnin, 24 April 2017

Muqaddimah Al-Sibyan lil Mubtadi










"Inilah kitab Muqaddimah Al-Sibyan lilmubtadi (untuk yang baharu belajar) karangan waliyullah tiada disebut namanya."
"...dan kemudian daripada itu maka inilah suatu risalah yang dipindahkan faqir daripada kitab usuludin yang telah masyhur pada jalan ahlsunnah waljama'ah pada segala negeri yang besar-besar dan kami ambilkan sedikit-sedikit agar dapat difaham oleh orang yang baharu belajar yang kehendak menuntut aqaid al-iman."
Ini kitab permulaan untuk ilmu Tauhid, dikatakan dikarang oleh seorang wali Allah yang tak diketahui namanya.

















Al-Durr Al-Tsamin








"Inilah kitab yang bernama Al-Durr Al-Thamin pada menyatakan iktikad segala orang yang mukminin.."
Kitab dalam ilmu Tauhid karangan Al-'Alim Al-'Allamah Al-'Arif Al-Rabbani Al-Sheikh Daud Ibn Al-Sheikh 'Abdullah Al-Fathoni rhm.





Ar-Ramliyatu Fi Syarah Al-Ajurrumiyah








Karangan Imam Shihabuddin Al-Ramli rahimahullah dalam ilmu Nahu. Ulasan beliau atas matan Ajurrumiyah oleh Imam Al-Sonhaji rhm.










Intabih! Dinuka Fil Khatar





Intabih! Dinuka Fil Khatar!
Awas! Agamamu Dalam Bahaya!
Kitab yang ringkas dan agak masyhur ini berbincang tentang isu-isu yang ditimbulkan puak wahabiyah seputar akidah, fekah dll. Pengarang ialah ulama dari Yaman.







Rabu, 19 April 2017

Sirajul Huda









"Inilah kitab yang dinamakan dia Sirajul Huda pada menyatakan aqidah ahli taqwa, dengan bahasa melayu, syarah atas matan Ummul Barahin bagi Imam Sanusi radhiyallahu 'anhu..."
Karangan Al-Shaykh Muhammad Zaynuddin Ibn Muhammad Badawi Al-Sambawi rahimahullah.






Selasa, 18 April 2017

Sorof - Sheikh Harun 'Abdul Raziq






Antara kitab Sorof yang baik untuk peringkat permulaan. Pengarang ialah Sheikh Harun 'Abdul Raziq rhm. Di bahagian bawah terdapat komentar oleh anak beliau Sheikh Muhammad rhm.













Mantik yang dikarang oleh Muhammad Nur Al-Ibrahimi






Kitab Mantik yang dikarang oleh Muhammad Nur Al-Ibrahimi ini digunakan sebagai silibus di sekolah-sekolah agama di Indonesia.








Majmu'ah Khamsa Rasail






HIMPUNAN LIMA RISALAH PENDEK TAPI BERNILAI tulisan Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan rhm, Tuan Mufti bagi ulama Al-Shafi'iyyah di Makkah Al-Mukarromah. Hanya 27 ms.
Risalah 1 ialah syarahan beliau atas Risalah Al-Samarqandiyah, matan tersohor dalam seni Al-Isti'arah (ilmu Bayan/Balaghah). Syarahan ini beliau kutip dan simpulkan daripada syarahan-syarahan ulama sebelum beliau atas matan tersebut.
Risalah 2 ialah karangan beliau sendiri yang juga tentang Al-Isti'arah.
Risalah 3 bertajuk "Risalatun Muta'alliqatun bi Ja a Zaidun". Ulasan beliau bagi ungkapan percontohan yang sangat masyhur dalam kitab-kitab Nahu iaitu (جاء زيد). Ulasan dari segi Nahu, Sorof dll.
Risalah 4 adalah perbincangan khusus tentang Al-Mabniyat, iaitu kalimat-kalimat Arab yang bersifat mabni. Sangat-sangat menarik dan tersendiri.
Risalah 5 adalah berkenaan Maqulat 'Asyar. Beliau membahas persoalan hakikat pengetahuan manusia, termasuk dalam maqulah manakah ia.










Mantik susunan Musnid Al-Dunya Al-Sheikh Muhammad Yasin Ibn 'Isa Al-Fadani





Risalah dalam ilmu Mantik susunan Musnid Al-Dunya Al-Sheikh Muhammad Yasin Ibn 'Isa Al-Fadani rhm.
Risalah ini Al-Fadani hasilkan dalam bentuk soal-jawab untuk memudahkan penyampaian dan kefahaman pelajar di peringkat permulaan terhadap ilmu Mantik yang terkenal susah untuk difahami.




Sabtu, 15 April 2017

Penawar Bagi Hati







Penawar Bagi Hati karangan Al-Sheikh 'Abdul Qadir Ibn 'Abdul Mutholib Al-Indunisi Al-Mandili rhm.










Senjata Syari'at






Kitab ini boleh dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian 1 membincangkan isu-isu khilafiyah dan bahagian 2 membincangkan ilmu-ilmu alat secara asas. Antara ilmu alat yang dibicara ialah Nahu, Sorof dan Mantik.







Al-Yawaqit wal Jawahir Fi 'Uqubat Ahlil Kabair





"Inilah kitab yang dinamakan dia Al-Yawaqit wal Jawahir Fi 'Uqubat Ahlil Kabair, pada menyatakan seksa segala orang yang berbuat dosa yang besar daripada kesusahannya, kesakitannya pada hari kiamat dan lainnya.."
Ini ialah terjemahan Melayu bagi kitab asal berbahasa Arab karangan Sheikh 'Abdul Wahab Al-Sya'rani rhm. Penterjemah ialah Sheikh Muhammad 'Ali bin 'Abdul Rashid Al-Jawi rhm.


Tanbihul Ghafilin






Kitab Tanbihul Ghafilin menghimpun beberapa nasihat dan peringatan penting yang diambil daripada Quran dan Hadith untuk mengingatkan orang awam daripada lalai dan lupa. Antara yang disentuh, huru-hara hari kiamat, siksa orang yang tinggalkan solat, siksa orang yang derhaka ibu bapa dan lain-lain.
Dikepil bersama kitab ini sebuah kitab kecil yang berbicara tentang ilmu, jahil, berbuat amal, tidak beramal dll.







Sullam Al-Mubtadi Fi Ma'rifat Thoriqat Al-Muhtadi





"Ini kitab yang dinamakan dia Sullam Al-Mubtadi Fi Ma'rifat Thoriqat Al-Muhtadi pada bicara usuludin atas jalan ahl sunnah waljama'ah dan hukum feqah..."
Karangan Sheikh Daud Ibn 'Abdullah Al-Fathoni rhm.


Matan Isaghuji dalam ilmu Mantik





Matan Isaghuji dalam ilmu Mantik, karangan Imam Athiruddin Al-Abhari rhm.
Naskhah yang kami pilih ini (matan tanpa syarah) antara yang paling elok susun aturnya dan mudah dibaca yang ada di internet.



Selasa, 11 April 2017

Kifayah Al-Muhtaj





[Istimewa Rejab]
"Inilah kitab yang bernama Kifayatul Muhtaj pada menyatakan bicara Israk dan Mikraj"
Dikarang dan diterjemah oleh Al-'Alim Al-Rabbaniy Al-Sheikh Daud Ibn 'Abdullah Al-Fathoni rhm.

At-Taqrirat





Syarah Allamah Hasan Muhammad Al-Masyat rhm atas matan Al-Bayquniyyah dalam ilmu Mustolah Hadis.





Irsyad Al-Jawi Ila Sabil Al-Ulama' Al-'Amilin





Kitab seterusnya daripada Ayah Der Sekam. Kitab ini membahas isu-isu hangat seperti Tabaruk, Maulid dll.





Hidayah Ash-Shibyan





Hidayat Al-Sibyan Fi Ma'rifat Al-Islam wal Iman.
Risalah berbahasa Jawi-Melayu susunan Sheikh Abu 'Abdullah Husin Nasir Ibn Muhammad Thoyyib Al-Mas'udi Al-Banjari rahimahullahulbari.
Membahaskan perkara-perkara asas yang wajib diketahui oleh seorang muslim seputar Iman, Islam, Sembahyang, Puasa dll. Sangat elok diajarkan kepada anak-anak kecil sebelum meningkat remaja supaya hati mereka terang dengan cahaya Islam sejak awal umur.



Perukunan





"Inilah kitab yang bernama Perukunan karangan bagi Al-'Alim Al-'Allamah Mufti Jamaluddin Ibn Al-Marhum Al-'Alim Al- Fadhil Al-Sheikh Muhammad Arsyad, Mufti Banjar ghafarollahu ta'ala lahuma wa lijami'il muslimin amiin"
Kitab ini membahaskan perkara-perkara asas yang menjadi rukun bagi seorang yang bergelar muslim, bermula dengan rukun Iman dan Islam, diikuti dengan perbahasan Tauhid, dan seterusnya disentuh bab-bab dalam ilmu Fekah secara ringkas. Penting, padat dan asas.







Sabtu, 8 April 2017

Qatrul Ghaithiyyah Fi Ilmi Al-Sufiyyah





"Inilah kitab yang dinamakan dia dengan Qatrul Ghaithiyyah Fi Ilmi Al-Sufiyyah..."
Dikarang oleh Sheikh Husein Nasir bin Muhammad Toyyib Al-Mas'udi Al-Banjari ghofarallahu lah.
Kitab jawi ini membincangkan ilmu Sufiyyah atau Tasawuf seperti diambil daripada kitab-kitab asal berbahasa arab seperti Minhajul 'Abidin oleh Imam Al-Ghazali rhm dan Al-Hikam oleh Imam Ibn 'Athoillah Al-Sakandari rhm.











Muhimmah




Kitab ini menceritakan adab isteri terhadap suami. Jika dibuat maka terpuji si isteri dan jika ditinggal maka tercelalah dia.
Karangan Sheikh Abdullah ibn Abdul Rahim Al-Fathoni ghofarolllahu lahu wa lilmuslimin amiin.





Rabu, 5 April 2017

Matan 'Izzi karangan Allamah Nahwi Izzuddin Al-Zanjani




Matan 'Izzi karangan Allamah Nahwi Izzuddin Al-Zanjani rhm. Lebih dikenali sebagai Al-'Izzi.

Matan ini matan kecil yang membincangkan asas ilmu Sorof.
Digunakan di banyak pusat pengajian Islam serata dunia.

Penerbitan ini antara yang terbaik yang kami jumpa untuk kitab ini. Jelas, berbaris, tulisan besar.

Muat turun : http://www.archive.org/download/books-28_ahlalhdeeth/tasrif_al-3azi_dar_minhaj.pdf





Sharah Tasrif Al-'Izzi karangan Allamah Sa'duddin Al-Taftazani




Sharah Tasrif Al-'Izzi karangan Allamah Sa'duddin Al-Taftazani rhm. 

Antara syarah popular bagi matan Izzi dalam ilmu Sorof.

Muat turun : https://archive.org/download/Sarhzz/شرح%20تصريف%20العزى.pdf









Syamsiyah oleh Allamah Al-Qazwini Al-Katibi




Risalah Shamsiyah oleh Allamah Al-Qazwini Al-Katibi rhm.
Menghimpun banyak permasalahan ilmu Mantik dalam bentuk ringkas dan penuh. Kitab ini diterima oleh sekalian ulama, diajarkan di madrasah-madrasah serata dunia Islam dan dikhidmat oleh ramai alim ulama dengan syarah dan hasyiah seperti Al-Qutb Al-Tahtani rhm, Sayyid Sharif rhm dan Al-Taftazani rhm.



Himpunan 8 matan penting dalam ilmu Tauhid jalanan mazhab ahl sunnah




Himpunan 8 matan penting dalam ilmu Tauhid jalanan mazhab ahl sunnah.
Al-'Aqidah Al-Tahawiyah oleh Al-Tahawi rhm
Jauharat Tauhid oleh Al-Laqqani rhm
Aqidah Ibn 'Asakir oleh beliau rhm
Al-'Aqaid Al-Nasafiyah oleh Al-Nasafi rhm
'Aqidat Al-Imam Al-Ghazali oleh beliau rhm
'Aqidatul 'Awwam oleh Al-Marzuki rhm
Al-'Aqidah Al-Tauhidiyah oleh Al-Dardir rhm
Sharah atas Al-Tauhidiyah oleh Al-'Uqbawi rhm.
Sesuai untuk hafalan dan kefahaman awal terhadap ilmu Tauhid.





Al-Hawi Fi Fatawa




Al-Hawi Fi Fatawa Al-Allamah Al-Hafiz Shaikhina Abil Fadhli Abdullah Ibn Siddiq Al-Ghumari rahimahullahu taala.
Memuatkan fatwa-fatwa Al-Hafiz Abdullah Al-Ghumari rhm, merangkumi bidang akidah, fikh dan hadis. Dihimpun oleh Shaikh Ibrahim Ahmad Shihatah.

Durus Al-Balaghah




Kitab bernama Durus Al-Balaghah, mengandungi perbahasan ilmu Balaghah, iaitu Bayan dan Ma'ani. Ditulis oleh empat orang ulama Mesir :
الشيخ حفنى ناصف
الشيخ سلطان محمد
الشيخ محمد دياب
الشيخ مصطفى طموم
رحمهم اله تعالى امين.
Diajarkan di Masjid Al-Azhar Mesir, di Mekah dan di India. Kitab ini juga disyarahkan oleh ulama India dan juga ulama nusantara iaitu Shaikh Muhammad Yasin Al-Fadani rhm.





Manhajiyatul Ta'allum




Manhajiyatul Ta'allum oleh Sheikh Dr. Ahmad Nabawi, anggota Lajnah Tadris di Univ. Al-Azhar, Mesir.
Kitab ringkas ini menyenaraikan dan mencadangkan kitab-kitab yang patut dibaca dan dipelajari oleh para pelajar ilmu ugama.





Khulasotul Anba' Fi Qisosil Anbiya'




Khulasotul Anba' Fi Qisosil Anbiya' oleh Sheikh Dr. Hisham Al-Kamil Hamid Al-Shafie Al-Azhari hafizahullah.
Himpunan kisah para Nabi secara ringkas. Pengarang ialah salah seorang daripada ulama Al-Azhar Al-Sharif.







Husnul Muhadharah Fi Tarikh Misra Wal Qahirah




Kitab Husnul Muhadharah Fi Tarikh Misra Wal Qahirah oleh Imam Jalaluddin Al-Suyuthi rhm.
Melalui kitab ini Al-Suyuthi mengkisahkan sejarah dan keadaan Mesir dan Kaherah sejak zaman Firaun, diikuti masuknya sahabat Rasul saw ke Mesir iaitu Sayyiduna 'Amru ibn 'As ra sehinga bermula zaman baru bagi Mesir bersama syiar Islam dan percampuran orang Mesir dengan orang Arab.
Pengarang juga bercerita tentang adat resam penduduknya, para ulama yang bermukim di sana, raja-raja yang memerintah, dan lain-lain yang berkaitan.
Semua ini dimulakan dengan bab yang menghuraikan tempat-tempat dalam Quran dan Hadis yang menyebut tentang hal ehwal Mesir.
Melalui kitab ini inshaAllah seseorang dapat kenal bumi Mesir dengan lebih rapat dan kelebihannya yang tidak ada pada tempat lain.
Muat turun (4 fail berjumlah 33Mb) : https://archive.org/details/FP8206




Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Imam Asy-Syafi'i





Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Imam Al-Shafie.
Muat turun (4 fail) : https://archive.org/details/fmhji



Majmu' Al-Mutun Al-Kabir




Majmu' Al-Mutun Al-Kabir. Kumpulan besar matan-matan ilmu.
Kitab ini mengumpulkan matan-matan klasik penting pelbagai disiplin ilmu hasil karangan pelbagai ulama yang ditalaqikan di pelbagai pusat pengajian Islam.
Antara disiplin ilmu yang terkandung ialah Tauhid, Mustolah Hadis, Usul Fiqh, Faraidh, Nahu, Sorof, Mantiq, Balaghah dan Wado'.
Contoh matan yang ada :
Jawharat Tauhid, Isaghuji, Jam'ul Jawami', Al-Samarqandiyah, Al-Rahabiyah, Al-Ajurrumiyah, Lamiyatul Af'al, Al-Baiquniyah dll.
Semuanya berjumlah 63 matan.






Mabda' Al-Fikrah Fi Al-Maqulat Al-'Asyarah





"Inilah satu risalah yang kecil yang dinamakan dia dengan Mabda' Al-Fikrah Fi Al-Maqulat Al-'Asyarah..."
Risalah oleh Tok Ayah Der Sekam Al-Fathoni ini membincangkan asas ilmu Maqulat iaitu 10 kelas tertinggi bagi segala makhluk yang wujud di alam ini. Ilmu ini antara alat penting untuk lebih memahami ilmu Tauhid ahl sunnah waljama'ah.

Selasa, 4 April 2017

Pelita Penuntut




"Kitab Pelita Penuntut Terjemah daripada risalah Ta'lim Al-Muta'allim Thoriq Al-Ta'allum bagi Al-Allamah Al-Sheikh Al-Zarnuji"
Kitab yang sangat terkenal, membicara kaedah dan adab menuntut ilmu yang tepat. Al-Zarnuji terdetik mengarang kitab ini apabila melihat ramai penuntut ilmu di zamannya tak mendapat apa yang dituntut.
Penterjemah ialah Sheikh Muhammad Syafie bin Abdullah Al-Fathoni rhm.







Tashil Nail Al-Amani Fi Sharhi 'Awamil Al-Jurjani




Tashil Nail Al-Amani Fi Sharhi 'Awamil Al-Jurjani oleh Sheikh Ahmad Al-Fathoni rhm.
Syarahan beliau ke atas matan Allamah Nahwi Balaghi Abdul Qahir Al-Jurjani rhm yang memfokuskan perbincangan kepada konsep 'Amil dalam ilmu Nahu dan pecahannya kepada 100.
Berkata Sheikh Ahmad dalam kitab ini bahawa penuntut ilmu di negeri Melayu menjadikan matan ini sebagai teman kepada matan Al-Ajurrumiyah, dipelajari beriringan. Ini menunjukkan bahawa matan Al-Jurjani ini adalah matan asas yang penting sama seperti matan Al-Ajurrumiyah.


Asas Al-I'tiqad Li Dhu'afa Al-Bilad




"Inilah suatu risalah yang dinamakan dia dengan Asas Al-I'tiqad Li Dhu'afa Al-Bilad, menghimpunkan dia oleh Abdul Qadir bin Wangah ..... "

Kitab ini boleh dikatakan karangan paling kecil yang diajar kepada budak-budak yang ingin bermula memahami ilmu Tauhid manhaj ahl sunnah, oleh Tok Der Sekam rhm yang mengajar di Fathoni dan masyhur hingga ke Malaysia. Elok dibaca sebelum mendalami Bakurotul Amani karangan Pak Da rhm.

https://archive.org/download/AsasAlItiqad/Asas%20al-I'tiqad.pdf






Munyatul Musolli




"Inilah kitab yang bernama Munyatul Musolli karangan Al-'Alim Al-Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni ghofarallahu lahu amin thumma amiin"
"Dan adalah pada akhir kitab ini satu risalah yang dinamakan dia Al-Bahjah Al-Mardhiyah pada bicara muwafiq dan takhaluf makmum akan imam, terjemah(an) Al-Sheikh Daud Al-Fathani al-mazkur (yang disebutkan tadi) ghafarollahu lahu wa liwalidaihi wa lijami'il muslimin amiin"
Kitab ini antara kitab wajib dipelajari dan difahami di pondok-pondok di Malaysia dan Fathani, membincangkan tatacara sembahyang yang betul dengan diselit unsur kerohanian ketika bersembahyang untuk mendapatkan kesempurnaan sembahyang.

Bidayatul Hidayah (Tauhid)




"Inilah kitab yang bernama Bidayatul Hidayah.

Syarah matan Ummul Barahin dengan Bahasa Melayu.

Karangan Al-Allamah Al-Fadhil Tuan Al-Sheikh Muhammad Zayn Ibn Al-Faqih Jalaluddin, yang adalah ia daripada bangsa Acheh.

Asbalallahu ta'ala 'layhima suturarrahmati wal ridhwan wa asbala 'alayna bi barakatihima subulal maghfirati wal ihsan amiin. "

Kitab ini mengurai maksud Imam Al-Sanusi dalam matan ilmu Tauhid yang sangat terkenal iaitu Ummul Barahin (Ibu Segala Bukti) yang membahas sifat-sifat wajib bagi Allah taala, mustahil dan harus, begitu juga sifat-sifat bagi Rasul; wajib, mustahil dan harus, beserta bukti-bukti setiap satu daripada semuanya. Yang istimewanya, uraian adalah Bahasa Melayu.

https://archive.org/download/BidayahAlHidayahSyarahUmmAlBarahin/Bidayah%20al-Hidayah%20Syarah%20Umm%20al-Barahin.pdf

Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab




Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili rhm, guru besar di Masjidil Haram, menulis pada penutup kitab beliau ini :
"Taqlid dan bermazhab tiada haram atas sekalian orang awam. Allah taala tiada ada melarang akan orang awam daripada bermazhab (bertaqlid pada furuk). Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam tiada melarang umatnya (yang awam) daripada bermazhab. Sohabat rodhiyallahu 'anhum tiada ada melarang akan orang awam daripada bermazhab. Bahkan ijma' mereka itu atas membiarkan orang awam pada taqlid. Tabi'un dan tabi'ut tabi'in tiada melarang mereka itu akan orang awam daripada bermazhab. Dengan sebab yang tersebut diketahui akan bahawasanya bermazhab dan taqlid tiada haram..."
Buku ini ditulis oleh Al-Mandili sebagai menjawab Al-Ustaz A. Hassan Bandung ilmuwan asal Singapura yang menulis Risalat Al-Mazhab di mana beliau menyebut pada halaman 23, "Keluar dari mazhab itu bukan haram, tetapi wajib. Masuk sesuatu mazhab itu bukan wajib tapi haram.”
Sebab itu tajuk buku Al-Mandili ini ialah "Al-Mazhab" @ "Tiada Haram Bermazhab".
Buku ini juga mendapat kata penyokong daripada Al-Shaikh Muhammad Idris Al-Marbawi rhm (lihat hal. 60) yang ketika itu berada di Kaherah, Mesir, iaitu tempat buku ini dicetak.
Berkata Al-Marbawi : "Sebetulnya kitab ini boleh jadi cukup puas hati ikhwan-ikhwan kita insha Allah taala, dapat mengambil isinya di dalam perkara bermazhab dan bertaqlid, kerana cukup keterangan pengarangnya dengan hujah yang terang dan alasan yang kuat...".




Wasail Ilmu Kalam





Tajuk kitab: Wasail Ilmu Kalam
Pengarang: Baba Abdul Qadir Wangah (Ayah Dir Sekam)
Pautan Muat Turun:
Deskripsi: Kitab ini membincangkan istilah2 yang digunakan dalam kalangan ulama Tauhid khususnya dalam kitab2 mereka. Boleh dianggap sebagai alat untuk memahami ilmu Tauhid.




Syarah Jauharah al-Tauhid (Jawi)




Nama kitab: Syarah Jauharah al-Tauhid (Jawi)
Nama pengarang: Syeikh Syihabuddin al-Haji
Muka surat: 78
Saiz: 4.02 MB
Pautan Muat Turun:
Deskripsi: merupakan huraian dalam bahasa melayu bagi kitab Jauharah dlm ilmu tauhid, kitab yang sangat masyhur di rata-rata dunia arab karangan Imam Al Laqqani rhm




Tazkiratun Li Zawil Afkari Fi Ma Yamurru Bil Insani Minal A'mar





"Inilah sebuah risalah yang sangat kecil yang dinamakan dia Tazkiratun Li Zawil Afkari Fi Ma Yamurru Bil Insani Minal A'mar pada menyatakan barang yang lalu ia dengan manusia daripada beberapa umur mudah-mudahan dapat kita mengambil iktibar"
Risalah ini ditulis oleh Tok Der Sekam rhm. Beliau ingin bertazkirah kepada kita perihal fasa-fasa umur manusia.
Fasa-fasa itu ada 5.
(1) Bermula dengan Allah taala mencipta Nabi Adam as dan pembenihan keturunan manusia pada bahagian belakang Baginda as.
(2) Lahir manusia ke dunia sehingga saat dimatikan.
(3) Kehidupan di alam barzakh iaitu alam kubur
(4) Bermula apabila dibangkitkan semula dari kubur dan berhimpun di mashsyar lalu diadili.
(5) Masuk syurga atau neraka.
Tok Der bercerita satu demi satu daripada setiap fasa ini sebagai peringatan bagi yang lupa.
Maka kata Tok Der, kita sekarang ini berada pada umur kedua dan kita bakal menempuh 2 lagi umur di hadapan. Seharusnya kita manfaatkan umur kedua ini jika mahu natijah umur ke 5 yang sempurna.



Pedoman Sembahyang Berjama'ah




"Inilah risalah PEDOMAN SEMBAHYANG BERJEMAAH oleh almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pondok Lubuk Tapah"
Risalah ini menceritakan kelebihan, kaedah dan beberapa permasalahan sembahyang berjemaah.
Penulis pernah berguru di Mekah. Pengasas Pondok Lubok Tapah. Anak beliau ialah Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah rhm. Antara guru-guru penulis ialah Sheikh Pak Da Eil, Sheikh Tok Kenali, Sheikh Alawi Al-Maliki, Sheikh Abbas Al-Maliki dll rahimahumullah.
Risalah ini telah diulang cetak banyak kali suatu ketika dulu.



Ini risalah mengandungi beberapa bacaan daripada doa lepas sembahyang serta wiridnya, doa kenduri dan solawat




"Ini risalah mengandungi beberapa bacaan daripada doa lepas sembahyang serta wiridnya, doa kenduri dan solawat"
Dikumpulkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Haji Abdul Rahman rhm, Pondok Lubok Tapah.


Taqribul Ikhwan Fi Ta'allumi 'Aqaidil Iman




"Ini sebuah risalah yang dinamakan dia Taqribul Ikhwan Fi Ta'allumi 'Aqaidil Iman"
Dikarang oleh Tuan Guru Abdul Qadir bin Wangah, Waqaf Budi, Sekam, Fathoni (Tok Der) rahimahullah.
Ini juga risalah yang membicara ilmu Tauhid atas jalan Allamah Pak Da Eil rhm.