Blog Utama Saya :-

Selasa, 4 April 2017

Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab




Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili rhm, guru besar di Masjidil Haram, menulis pada penutup kitab beliau ini :
"Taqlid dan bermazhab tiada haram atas sekalian orang awam. Allah taala tiada ada melarang akan orang awam daripada bermazhab (bertaqlid pada furuk). Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam tiada melarang umatnya (yang awam) daripada bermazhab. Sohabat rodhiyallahu 'anhum tiada ada melarang akan orang awam daripada bermazhab. Bahkan ijma' mereka itu atas membiarkan orang awam pada taqlid. Tabi'un dan tabi'ut tabi'in tiada melarang mereka itu akan orang awam daripada bermazhab. Dengan sebab yang tersebut diketahui akan bahawasanya bermazhab dan taqlid tiada haram..."
Buku ini ditulis oleh Al-Mandili sebagai menjawab Al-Ustaz A. Hassan Bandung ilmuwan asal Singapura yang menulis Risalat Al-Mazhab di mana beliau menyebut pada halaman 23, "Keluar dari mazhab itu bukan haram, tetapi wajib. Masuk sesuatu mazhab itu bukan wajib tapi haram.”
Sebab itu tajuk buku Al-Mandili ini ialah "Al-Mazhab" @ "Tiada Haram Bermazhab".
Buku ini juga mendapat kata penyokong daripada Al-Shaikh Muhammad Idris Al-Marbawi rhm (lihat hal. 60) yang ketika itu berada di Kaherah, Mesir, iaitu tempat buku ini dicetak.
Berkata Al-Marbawi : "Sebetulnya kitab ini boleh jadi cukup puas hati ikhwan-ikhwan kita insha Allah taala, dapat mengambil isinya di dalam perkara bermazhab dan bertaqlid, kerana cukup keterangan pengarangnya dengan hujah yang terang dan alasan yang kuat...".




Tiada ulasan:

Catat Ulasan