Blog Utama Saya :-

Selasa, 19 Mac 2019

Bahrul Mazi Juzuk 1 (Bersuci) - Syaikh Muhammad Idris Al-Marbawi








Bahr al-Madhi Juzuk 1 (Bersuci) - Muhammad Idris al-Marbawi
"Adapun kemudian daripada itu, lebih dahulu daripada aku masuk di dalam mengarang kitab ini, dengan tawaduk aku kepada Allah subahanahu wa ta'ala kiranya dipohonkan kepadanya tiada salah menerangkan sedikit perkataan ini kepada segala saudaraku.
Adalah kemudian daripada sudah aku mengaji kitab yang bernama Sahih al-Termizi, sudahlah jatuh di dalam hatiku berahi dan suka kepadanya oleh aturannya dan kenyataannya pada segala hukum syari'at Nabi kita Muhammad sallahu 'alaihi wasallam. Dengan kerana beribu-ribu bab dan ahadith serta diikutnya tiap-tiap hadisnya keterangan imam-imam mazhab lebih dari mazhab empat yang makruf. Jangan bicara lagi pada sanad hadis itu, bukan main lagi diperhalusnya dan lain daripadanya beberapa ilmu.
Kepada aku tiap-tiap kali aku mengaji dan mengadap guruku Hadrah Sahib al-Fadhilah Maulana Murabbi Arwahana al-Ustaz al-Akbar al-Syeikh Muhammad Ibrahim al-Samaluthi Min Hai'ah Kibar 'Ulama' al-Azhar al-Syarif guru hadis yang masyhur mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami' Saidina Hussein (cucu Rasulullah) di kota Kaherah (Mesir) dekat Azhar al-Syarif, sudahlah aku berasa minum madu, dengan kerana itulah bersungguh aku tiap-tiap pagi pergi menerima padanya dengan ketiadaan lugu. Iaitu kemudian daripada khatam mengaji Sahih Muslim kepadanya dengan beberapa banyak ulama yang mendapat syahadah tinggi dan rendah. Dan beberapa ratus murid Azhar.
Kemudian manakala aku pulang kerumah, tiadalah lagi berpaling melainkan aku jalankan batang qalam aku di pipi sahifah-sahifah sebagaimana yang aku ingat dan aku faham daripadanya, berikut dengan sedikit-sedikit perkataan Imam Syafi'e di dalam al-Umm, dan perkataan Nawawi di dalam Syarah Muslim, dan perkataan al-Qasthalani, dan Ibnu al-'Arabi dan lainnya, ialah semata-mata ikhlas hatiku bagi 'wajah' Allah kerana mesiarkan hadis Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan meninggikan kalimah Allah hiya al-'ulya kepada saudaraku yang tiada tahu di dalam bahasa Arab, dan dipohonkan pada Allah kiranya manfaat bagi umum umat Muhammad sallahu 'alaihi wasallam, dan harapkan jadi petaruhan di sisi Allah bagi hari akhirat. Dan kiranya tiadalah ia hujah ke atasku di sana.
Maka dengan kenyataan di atas dan lagi akan datang aku namailah kitab aku ini dengan nama:
Bahr al-Madhi Li Syarah Mukhtasar Sahih al-Termizi."
Pautan Muat Turun:
1 - Mediafire:
2- Archive:
Ikuti kami di Telegram Kitab Jawi & Arab:




----




Sabil Al-Muhtadin Li Tafaqquh Fi Amr Al-Din (Juzuk 1) – Muhammad Arsyad Al-Banjari





Sabil al-Muhtadin Li Tafaqquh Fi Amr al-Din (Juzuk 1) – Muhammad Arsyad al-Banjari
“Bahawasanya kitab seorang alim yang lebih iaitu Syeikh Nuruddin al-Raniri negerinya yang dinamai dia dengan ‘al-Sirat al-Mustaqim’ pada ilmu fiqh atas mazhab al-Imam al-Syafi’e radiallahu ‘anhu daripada yang sebaik-baik segala kitab yang dibahasakan dengan bahasa Jawi kerana bahawasanya segala masalahnya diambil ia daripada beberapa kitab fiqh yang yang berbilang-bilang, istimewa pula bahawasanya ia melengkapi atas beberapa nas dan naqal dan dari kerana itulah telah mengambil manfaat dengan dia segala manusia dan mendapatkan mereka itu akan dia dengan menerima dan reda...
Tetapi tatkala ada pada setengah daripada segala ibarat kitab itu khafa’ atas setengah daripada segala mereka yang mengambil faedah daripadanya kerana mengandung ia atas bahasa Aceh, maka tiadalah tahu akan dia yang lain yang empunya bahasa daripada segala mereka yang menuntut dan ada pada setengah daripada ibaratnya diubahkan daripada asalnya dan digantikan dengan lainnya dan pada setengah daripada ibaratnya gugur dan kurang. Maka sekelian itu daripada tasarruf segala mereka itu yang menyalin yang jahil jua. Maka bersalah-salahanlah sebab yang demikian itu segala naskah dan sekelian ibaratnya dan fasidlah setengah ibaratnya dan tiada hampir diperoleh suatu naskah yang sahihah daripada segala naskah yang dibangsakan bagi muallifnya dan tiadalah dapat membezakan akan sahihnya daripada yang fasidnya melainkan segala mereka yang mahir pada ilmu fiqh dan dari mana jua diperoleh segala mereka yang mahir di dalam sekelian negeri Jawi ini dan di dalam segala masa ini yang tersingkat dalamnya sekelian himmah dan berkurang segala faham dan keroh dalamnya segala zihn.
Menuntut daripada aku pada tahun 1193 tahun daripada segala tahun hijrah Nabi atas yang empunya dia daripada Tuhannya rahmat Allah yang amat lebih dan haluannya yang suci, seorang raja yang amat besar himmahnya lagi yang mempunyai cerdik dan bicara yang sempurna lagi yang suci zihn lagi yang banyak faham, ia yang mempunyai tadbir atas sekalian isi di daerah segala negeri Banjar lagi yang berdiri dengan memperbaiki segala pekerjaan agama dan pekerjaan dunia iaitu persandaran kita yang dibesarkan dan ikutan kita yang dimuliakan Maulana Sultan Tahmidullah Ibnu Sultan Tamjidullah, mudah-mudahan diliputi Allah Ta’ala kiranya akan dia dengan rahmatnya dan dikekalkannya kiranya akan kerajaannya dan kerajaan zuriatnya dan sentiasa falak daulah kerajaannya yang tinggi beredar ia pada tempat peredaran segala zuriatnya dan sentiasa awan kebajikannya dan murahnya menghujani atas sekelian rakyatnya bahawa ku perbuatkan baginya suatu kitab pada menyatakan ilmu fiqh atas mazhab Imam Syafi’e radiallahu ‘anhu pada hal dibahasakan ia dengan bahasa Jawi yang makruf bagi sekelian isi negerinya yang dipeliharakan dan bahawa aku ambil akan sekelian masalahnya daripada beberapa kitab bagi segala imam Syafi’eyyah kitab yang mutakhirin seperti Syarah Manhaj bagi Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari dan Mughni Syeikh Khatib Syarbini dan Tuhfah Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami yang diredai dan Nihayah Syeikh Jamal al-Ramli dan yang lain daripada segala matan dan syarah dan hashiyyah yang mulia-mulia.”
Pautan Muat Turun:
1 - Mediafire:
2- Archive:
Ikuti kami di Telegram Kitab Jawi & Arab:




-------




Senjata Tok Haji Dan Tok Lebai – 'Abdul Qadir bin 'Abdul Muttalib Al-Mandili Al-Indonesi






Senjata Tok Haji Dan Tok Lebai – Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Mandili al-Indonesi
“Maka sungguhnya telah menyuruh akan hamba beberapa orang daripada saudara-saudara yang baik sangka dengan hamba bahawa hamba tulis bagi mereka itu doa sembahyang dan kenduri dan khutbah Jumaat dan wirid-wirid dan lain-lainnya. Maka kerana tiada dapat hamba menyalahi suruhan mereka itu terpaksalah hamba menulis dan menghimpunkan akan ini risalah yang kecil yang mengandungi ia akan permintaan mereka itu sekalipun hamba tiada ahli bagi yang demikian dan hamba namakan dengan ini risalah dengan ‘Senjata Tok Haji Dan Tok Lebai’ dan hamba pohonkan akan Allah Subahanahu Wa Ta’ala bahawa ada ia ikhlas bagi ‘wajah-Nya’ yang mulia dan memberi manfaat ia bagi hamba dan bagi saudara-saudara yang muslimin.”



-------




Minhaj Al-'Abidin Ila Jannah Rabb Al-'Alamin - Syaikh Daud bin 'Abdullah Al-Fatoni





Minhaj al-'Abidin Ila Jannah Rabb al-'Alamin - Daud bin Abdullah al-Fathani
"Ku mulai menterjemahkan kitab ini dengan nama Allah, Tuhan yang amat murah bagi segala hamba-Nya di dalam dunia lagi amat kasih sayang bagi segala hambanya yang mukminin di dalam negeri akhirat. Bermula segala puji bagi Allah, Tuhan memberi bagi hamba-Nya yang salikin dengan Minhaj al-'Abidin. Dan dimuliakan mereka itu dengan anugerah-Nya dan limpah rahmat-Nya dengan Ihya' 'Ulum al-Din, keduanya itukarangan bagi Hujjah al-Islam al-Ghazali radiallahu 'anhu. Dan keduanya itu setengah daripada 'ain syari'ah Muhammadiyyah dan setengah daripada tariqah al-Ahmadiyyah dan keduanya itu perhentian daripada beberapa perhentian orang yang muttaqin. Dan membukakan keduanya dan mewadihkan kesamaran Quran dan Ahadith al-Nabawiyyah dan athar orang yang solihin dan perkataan ulama yang mahir lagi arifin...
Dan ku namai kitab ini 'Terjemah Minhaj al-'Abidin Ila Jannah Rab al-'Alamin'. Maka maksudku adalah menterjemahkan maksud kitab Minhaj al-'Abidin barang yang dapatku faham daripadanya jua dan barang yang lainnya ku tinggalkan bagi ahlinya..."
Pautan Muat Turun:
1 - Mediafire:
2- Archive:
Ikuti kami di Telegram Kitab Jawi & Arab:



---------




Hadis Empat Puluh - Asbiran Yaakub







Hadis Empat Puluh - Asbiran Yaakub
“Sanya telah bersabda junjungan kita Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam:
نَضَّرَ اللهُ امْرَأً سَمِعَ مَقَالَتِي فَوَعَاهَا فَأَدَّاهَا كَمَا سَمِعَهَا
Yang ertinya kira-kira:
Dimuliakan oleh Allah manusia yang mendengar buah tuturku kemudian diingat dan dibayarkannya sebagaimana didengar dan dihafaznya.
Oleh demikian dan kerana berkhidmat kepada bangsaku Melayu, berusahalah aku mengutip dan mengarang kitab ini di dalam bahasa Melayu, sekalipun aku bukan orang yang pintar dalam perkara yang demikian tetapi aku berfikir ‘capaianaku tiada akan berlebih daripada panjang tangan, dan seruan tiada akan bertambah daripada jauh suara’, sebab itu tiadalah yang menjadikan halangan bagiku buat meneruskannya sekadar pendapatku, istimewa pula aku yakin bahawa saudara-saudara yang bijaksana tak akan lupa dan lalai buat menegur dan memperelok kesalahanku. Karangan ini aku namakan dengan ‘Hadis Empat Puluh’ kerana bersetuju dengan kandungannya.”
Pautan Muat Turun:
1 - Mediafire:
2 - Archive:
Ikuti kami di Telegram Kitab Jawi & Arab:






-------




Hidayah As-Salikin Fi Suluk Maslak Al-Muttaqin – 'Abdul Samad Al-Falimbani







Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak al-Muttaqin – Abdul Samad al-Falimbani
“Ketahui olehmu hai saudara kami yang menuntut bagi negeri akhirat, bahawasanya kitab Bidayah al-Hidayah bagi Imam Hujjah al-Islam al-Ghazali itu iaitu mengandungi bagi ilmu yang mambawa takut akan Allah Ta’ala yang disebutkan di dalam firman Allah: Dan diambil oleh kamu akan bekal akhirat maka yang terlebih baik itu iaitu takut akan Allah Ta’ala.
Dan di dalam kitab ini terhimpun ilmu yang memberi manfaat di dalam dunia dan di dalam akhirat, maka tak dapat tiada bagi tiap-tiap orang Islam yang mukallaf daripada mengenal akan dia.
Maka dari kerana inilah kasih aku bahawa aku bahasakan akan beberapa masalahnya di dalam kitab ini dengan bahasa Jawi Melayu serta ku tambah padanya beberapa masalahnya yang baik-baik tak dapat tiada daripadanya supaya manfaat dengan dia orang yang tiada mengetahui baginya bahasa Arab.
Dan aku namai akan dia dengan Hidayah al-Salikin pada menyatakan perjalanan orang yang takut kepada Allah.”
Pautan Muat Turun:
1 - Mediafire:
2 - Archive:







---------------------