Inilah Risalah Yang Lathifah (لطيفة ) Yang Bernama
Zahratil Murid ! Fi ‘Aqaidit Tauhid
(Bunga Orang Yang Mencari Pada ‘Aqidah Tauhid)
Pada Bicara Ilmu Usuluddin Atas Mazhab Ahli As-Sunnah
Wal Jama’ah
Dan Pada Awalnya Satu Muqaddimah Pada Bicara Kelebihan
Ilmu Dan Ulama’
Dan Pada Akhirnya Satu Khatamah Pada Menyatakan Rahsia
Dan Kelebihan Kalimah
لا
اله الا الله
Karangan Bagi Al-‘Alim Al-Fadhil Al-Kamil * Al-Ustaz Al-‘Amil * Syeikhuna
Asy-Syaikh Muhammad ‘Ali Ibn ‘Abdur Rahman Ibn ‘Abdul Ghafur Kutan
Al-Kelantani
Semoga Allah Melimpahkan Atasnya Nikmat Kemuliaannya Kasih
Sayang Dan Mengampuni Baginya Serta Ibubapanya * Dan Kekasihnya Dan Bagi Cita-Cita Mereka
Kepadanya * Amin.
*************
Inilah kitab yang telah disusun dan disuntingkan dengan beberapa qalaid
(قلائد - permata) yang fa-iqah (فائقة - tinggi/cemerlang) * Dan dengan beberapa jawahira taqrirat
(جواهر
تقريرات -
mutiara-mutiara pengakuan) yang ra-iqah (رائقه - tinggi) * Dan hamba harapkan dengan dia akan da’wat
(دعوات - doa) yang solihah * Daripada saudara yang muntafi’ (منتفع - yang beri manfaat) dengan dia kemudian
daripada bicara akan fatihah * Demi umur engkau bahawasanya ialah kitab yang
tiada keluar segala mukallaf daripada ‘ahdatul wujub (عهدة
الوجوب – penjagaan yang mesti) * Melainkan bahawa menyurat mereka itu akan dia
dengan dakwat menghafazkan dia di atas kertas hati (قرطس
القلوب) * Maka adalah seelok-elok kitab melayu dan
sehabis-habis mudah ibarat dan wudhuh (وضوح - jelas) * Insya-Allah tiada sia-sia bagi mereka yang suka dan kasih
dengan dia akan futuh (فتوح) * Istimewa ia muqaddimah atas Dur Ats-Tsamin
dan Bidayah, mudah-mudahan dengan dia jua nihayah (نِهايه - penghabisan) *
***********
[Ketahui] olehmu! Hai sekalian ikhwan ! Telah tetapkan kamu Islam dan Iman
Bahawa sifat dua puluh wajib atas orang ! Dengan belajar dan bilang serta terang
Dua puluh itu wajib bagi Tuhan ! Wajib mengetahui dia laki-laki perempuan
Hai mereka yang menuntut Ilmu At-Tauhid ! Atas kamu dengan kitab Zahrah Al-Murid
Maka kitab ini asal dituntutnya ! Dan yang lain ini kitab furu’nya
Kitab ini engkau tuntut dan mengaji ! Supaya dapat bagi kamu yang dipuji
Tiadalah sah sembahyang dan puasa ! Hingga mentauhid akan Tuhan yang Esa
Demikian tiada terima akan amal dan ibadat ! Hingga mendiri akan dalil dan ma’rifah
***********
Pengalihan Jawi Kepada Rumi Serta Disusun Semula Oleh:
Muhamad Rauf Bin Minhat
Kandungan Kitab
Ini Muqaddimah Pada Menyatakan Kelebihan Ilmu Dan Ulama’
Kewajipan Mukallaf Mengenal Allah
Kewajipan Mukallaf
Mengenal Barang Yang Wajib, Mustahil dan Jaiz Bagi Allah
Sifat-Sifat Allah
Yang Wajib Diketahui Dengan Tafshil
Peringatan
Bahagian Sifat Dua
Puluh
Sifat Yang Harus Pada
Allah
Sifat Wajib Bagi Para
Rasul
Sifat Harus Bagi Para
Rasul
Dua Kalimah Syahadah
Makna Ketuhanan
Beriman Kepada Para Nabi Dan Rasul
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Kitab-Kitab
Beriman Kepada Hari Kiamat
Beriman Kepada Untung Baik dan Jahat
Perkara-Perkara Yang Wajib Diketahui
Iman dan Islam
Rukun Syahadah
Syarat Syahadah
Perkara Yang membinasakan Syahadah
Tanda Islam
Khatimah
Hikayat
Penutup
Riwayat Syaikh Wan ‘Ali Kutan
Salinan Kitab Zahratul Murid
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan