Blog Utama Saya :-

Selasa, 15 Mei 2018

HUKUM MEMAKAN DAKWAT / PASI SOTONG MENURUT MAZHAB SYAFIE













HUKUM MEMAKAN DAKWAT / PASI SOTONG MENURUT MAZHAB SYAFIE
Saya berasal dari Terengganu, setelah berhijrah ke Kuala Lumpur saya dapati kelainan yang terdapat pada masakan sotong di sini apabila mereka memasaknya bersama-sama dakwat/pasi sotong tersebut. Maka apakah hukum memakan sotong bersama-sama dakwat tersebut? Mohon pandangan...
Jawapan kami;
Soalan sebegini pernah ditanyakan kepada Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi sepertimana berikut;
"Pada satu ikan di laut, ada padanya dakwat yang hitam menutupkan musuhnya dengan mengkeruhkan air. Maka telah diadatkan di tanah Jawi (nusantara) bahawa dimasak ia dengan dakwatnya itu dengan tiada dikeluarkan daripadanya. Apakah hukumnya, adakah harus dimakan atau tiada?
Jawapan;
Jawabnya, bahawanya segala yang basah di dalam perut haiwan, maka iaitu najis. Maka jika dimasak ia dengan dakwatnya itu, nescaya adalah ia najis, tiada harus memakannya sebelum membasuhnya dengan air dan jika dibasuhnya dan hilang sifat najis, maka harus memakannya. Intaha fatwa Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi." (Masail dan Qawaid 16-17).
Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi
Ulama dunia Melayu yang pernah menjadi imam dan khatib dalam Mazhab Syafi'i di Masjid al-Haram Mekah
Sila ikuti huraian daripada Tuan Guru Hj Abd Raof bin Nurin dalam rakaman berikut;
https://youtu.be/h1_e5jHiggE
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 bersetuju untuk mengekalkan keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Allahyarham Syed Yusuf bin Ali Az-Zawawi (Mufti pada tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu pasi sotong adalah najis kerana cecair tersebut kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama. Cecair ini juga termasuk dalam kategori bahan kumuhan binatang dan orang yang mempunyai selera yang normal tidak akan memakan cecair (pasi) tersebut.
اليسع
Wallahu a'lam.
USRAH SOLAT (Q&A FIQH IBADAT)
📝by:
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i










Tiada ulasan:

Catat Ulasan