Blog Utama Saya :-

Selasa, 19 Mac 2019

Sabil Al-Muhtadin Li Tafaqquh Fi Amr Al-Din (Juzuk 1) – Muhammad Arsyad Al-Banjari





Sabil al-Muhtadin Li Tafaqquh Fi Amr al-Din (Juzuk 1) – Muhammad Arsyad al-Banjari
“Bahawasanya kitab seorang alim yang lebih iaitu Syeikh Nuruddin al-Raniri negerinya yang dinamai dia dengan ‘al-Sirat al-Mustaqim’ pada ilmu fiqh atas mazhab al-Imam al-Syafi’e radiallahu ‘anhu daripada yang sebaik-baik segala kitab yang dibahasakan dengan bahasa Jawi kerana bahawasanya segala masalahnya diambil ia daripada beberapa kitab fiqh yang yang berbilang-bilang, istimewa pula bahawasanya ia melengkapi atas beberapa nas dan naqal dan dari kerana itulah telah mengambil manfaat dengan dia segala manusia dan mendapatkan mereka itu akan dia dengan menerima dan reda...
Tetapi tatkala ada pada setengah daripada segala ibarat kitab itu khafa’ atas setengah daripada segala mereka yang mengambil faedah daripadanya kerana mengandung ia atas bahasa Aceh, maka tiadalah tahu akan dia yang lain yang empunya bahasa daripada segala mereka yang menuntut dan ada pada setengah daripada ibaratnya diubahkan daripada asalnya dan digantikan dengan lainnya dan pada setengah daripada ibaratnya gugur dan kurang. Maka sekelian itu daripada tasarruf segala mereka itu yang menyalin yang jahil jua. Maka bersalah-salahanlah sebab yang demikian itu segala naskah dan sekelian ibaratnya dan fasidlah setengah ibaratnya dan tiada hampir diperoleh suatu naskah yang sahihah daripada segala naskah yang dibangsakan bagi muallifnya dan tiadalah dapat membezakan akan sahihnya daripada yang fasidnya melainkan segala mereka yang mahir pada ilmu fiqh dan dari mana jua diperoleh segala mereka yang mahir di dalam sekelian negeri Jawi ini dan di dalam segala masa ini yang tersingkat dalamnya sekelian himmah dan berkurang segala faham dan keroh dalamnya segala zihn.
Menuntut daripada aku pada tahun 1193 tahun daripada segala tahun hijrah Nabi atas yang empunya dia daripada Tuhannya rahmat Allah yang amat lebih dan haluannya yang suci, seorang raja yang amat besar himmahnya lagi yang mempunyai cerdik dan bicara yang sempurna lagi yang suci zihn lagi yang banyak faham, ia yang mempunyai tadbir atas sekalian isi di daerah segala negeri Banjar lagi yang berdiri dengan memperbaiki segala pekerjaan agama dan pekerjaan dunia iaitu persandaran kita yang dibesarkan dan ikutan kita yang dimuliakan Maulana Sultan Tahmidullah Ibnu Sultan Tamjidullah, mudah-mudahan diliputi Allah Ta’ala kiranya akan dia dengan rahmatnya dan dikekalkannya kiranya akan kerajaannya dan kerajaan zuriatnya dan sentiasa falak daulah kerajaannya yang tinggi beredar ia pada tempat peredaran segala zuriatnya dan sentiasa awan kebajikannya dan murahnya menghujani atas sekelian rakyatnya bahawa ku perbuatkan baginya suatu kitab pada menyatakan ilmu fiqh atas mazhab Imam Syafi’e radiallahu ‘anhu pada hal dibahasakan ia dengan bahasa Jawi yang makruf bagi sekelian isi negerinya yang dipeliharakan dan bahawa aku ambil akan sekelian masalahnya daripada beberapa kitab bagi segala imam Syafi’eyyah kitab yang mutakhirin seperti Syarah Manhaj bagi Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari dan Mughni Syeikh Khatib Syarbini dan Tuhfah Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami yang diredai dan Nihayah Syeikh Jamal al-Ramli dan yang lain daripada segala matan dan syarah dan hashiyyah yang mulia-mulia.”
Pautan Muat Turun:
1 - Mediafire:
2- Archive:
Ikuti kami di Telegram Kitab Jawi & Arab:




-------




Tiada ulasan:

Catat Ulasan